SEJARAH HOMESTAY

Homestay Pulai Desaku Permai ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung Pulai (JKKK) yang dipengerusikan oleh Hj. Seman bin Deros. Pihak JKKK telah melantik seorang Jawatankuasa menjadi penyelaras. Penyelaras homestay dimulai dengan Allahyarham Sidang Mohamed Ali bin Hj Husin dan diganti oleh En. Mohamad bin Hj. Hasan dan kini disandang oleh En. Amir bin Mamat.

Pada 3 April 1997, Kampung Pulai telah dipilih sebagai tuan ruman Majlis Pelancaran Program Homestay Peringkat Negeri Melaka yang dirasmikan oleh Datuk Seri Hj. Mohd Zin bin Ab. Ghani, Ketua Menteri Melaka pada masa itu.

Sejak itu, program ini telah mendapat sambutan masyarakat bukan sahaja di Pulai malahan telah berkembang luas hingga ke Serkam, Serkam Darat, Seri Minyak, dan Umbai. Peserta-peserta Homestay Pulai Desaku Permai - D.U.N Serkam telah meningkat seramai 34 orang.

“PULAI MEMBANGUN DENGAN ILMU DAN TAQWA”

Monday, May 10, 2010

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  • 34 Rumah penginapan bersama keluarga
  • Sebuah bilik tidur yang lengkap dengan pelbagai keperluan
  • Bilik air / mandi
  • Ruang tamu serta TV
  • Sarapan pagi, minum air petang dan malam serta makan tengahari dan makan malam
  • Masjid (Ceramah / Korban)
  • Balai Raya
  • Perpustakaan
  • Telefon / Komputer
  • Dataran Seri Pulai (Senamrobik)
  • Industri Kampung (Lawatan)

No comments:

Post a Comment