SEJARAH HOMESTAY

Homestay Pulai Desaku Permai ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung Pulai (JKKK) yang dipengerusikan oleh Hj. Seman bin Deros. Pihak JKKK telah melantik seorang Jawatankuasa menjadi penyelaras. Penyelaras homestay dimulai dengan Allahyarham Sidang Mohamed Ali bin Hj Husin dan diganti oleh En. Mohamad bin Hj. Hasan dan kini disandang oleh En. Amir bin Mamat.

Pada 3 April 1997, Kampung Pulai telah dipilih sebagai tuan ruman Majlis Pelancaran Program Homestay Peringkat Negeri Melaka yang dirasmikan oleh Datuk Seri Hj. Mohd Zin bin Ab. Ghani, Ketua Menteri Melaka pada masa itu.

Sejak itu, program ini telah mendapat sambutan masyarakat bukan sahaja di Pulai malahan telah berkembang luas hingga ke Serkam, Serkam Darat, Seri Minyak, dan Umbai. Peserta-peserta Homestay Pulai Desaku Permai - D.U.N Serkam telah meningkat seramai 34 orang.

“PULAI MEMBANGUN DENGAN ILMU DAN TAQWA”

Monday, May 10, 2010

JAWATANKUASA HOMESTAY PULAI DESAKU PERMAI 2009/2011

  1. Hj. Seman bin Deros - Pengerusi
  2. En. Hj. Amir bin Mamat - Penyelaras
  3. En. Maslan bin Hj. Yaakop - Setiausaha
  4. En. Sahat bin Mohamad - Bendahari
  5. En. Azmi bin Jaafar - Pen. Penyelaras
  6. En. Mohamad Saad Hj. Hasan - Jawatankuasa
  7. Hj. Yusof bin Hj. Othman - Jawatankuasa
  8. Hjh. Hazah binti Husin - Jawatankuasa
  9. Hj. Ramli bin Ab. Jalil - Jawatankuasa
  10. Hj. Mohd Said Zahari - Jawatankuasa
  11. Hjh. Zauyah binti Hj. Hamzah - Jawatankuasa
  12. Pn. Normah binti Menhad - Jawatankuasa
  13. Hjh. Ramlah binti Mohamad - Jawatankuasa
  14. En. Ramli bin Hj. Mek - Jawatankuasa
  15. Hj. Ab. Jalil bin Md. Zan - Jawatankuasa

No comments:

Post a Comment